Hiburan

Shuk Sahar dan Rossa Sera sudah bercerai pada 22 Mac lalu

Pelawak Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan isterinya Rossa Sera selepas lebih setahun status rumah tangganya menjadi tanda tanya.

Shuk Sahar ketika megerjakan ibadah umrah

Memetik mStar Online, Shuk telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Menurut Shuk, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan berbincang secara baik selepas sahaja mereka pulang mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun ini.

Bekas isteri Shuk Sahar, Serra Rossan

“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.

Walaupun sudah berpisah Shuk dan bekas isterinya tetap menjalin hubungan baik demi kedua-dua anak mereka yang kini berusia tujuh dan empat tahun.

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button