Hiburan

Art taik anjing ko lah! – Bonda Rozita

PENYANYI yang sudah lama tidak merakamkan lagu raya, hari ini tampil dengan lagu raya. Itu senario biasa dalam kalangan artis yang bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, kelompok yang bukan artis khususnya bukan penyanyi, bukan sahaja ghairah mengeluarkan lagu raya tetapi muzik video atau klip video yang siap di TikTok kan menjatuhkan martabat profesion seorang penyanyi di Malaysia.

Tidak ada rasionalnya Alif Syukri melahirkan lagu raya, Kelepak Kepepuk Raya dengan aksi penari-penari latar yang dikutip entah dari mana.

Betullah komen salah seorang netizen yang mual melihat klip video lagu raya Alif Syukri, “dari mana dapat belon udara stesen minyak”.

Bukan mahu mengutuk produk Alif Syukri yang berkaitan dengan lagu raya tetapi apabila dia melahirkan produk seperti itu, dia minta dikutuk.

Para penyanyi tanah air ‘terpegun’ menonton atau tertonton klip video Alif Syukri ini yang mana, untuk seseorang penyanyi itu melahirkan single, perlu ada kos penerbitan.

Ya, Alif Syukri ada kemampuan dari segi kewangan tetapi itu tidak bermakna, dia boleh merendahkan kedudukan golongan penyanyi dengan cara dia tampil bersama belon-belon stesen minyaknya itu.

Kalau nyanyi secara live atau langsung, suara kepit dan terkepit Alif Syukri pasti boleh membuat telinga sesiap yang mendengar suarnya, bernanah!

Alasan Alif Syukri, apa yang dihasilkannya itu adalah seni. Art taik anjing, kata ibunya sendiri yang mungkin diluahkan dalam nada humor namun membawa maksud yang amat dalam.

TikTok lagu raya Aliff Syukri juga mengundang cemuhan netizen yang pada pandangan Alif Syukri, netizen tidak tahu menilai seni. Persoalannya, siapakah yang tidak tahu menilai dan menghargai seni? Netizenkah atau Alif Syukri sendiri?

Seperkara lagi, tidak perlu tidur atas perut dan peha dalam membuat konten TikTok. Jijik dan buruk!- SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button