fbpx
Hiburan

Amira Othman sanggup tolak job kerana mahu kuarantin kendiri

WALAUPUN tidak menjadi kontak rapat kepada penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19, pelakon dan penyanyi, Amira Othman tetap mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin.

Malah, Amira juga sanggup melepaskan tawaran lakonan buatnya semata-mata tidak mahu mengekang penularan Covid-19.

“Saya terpaksa lepaskan kerja (lakonan) yang sepatutnya menjalani penggambaran hari ini atas kebaikan bersama.

“Walaupun saya bukan kontak rapat Alif, tetapi saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang perlu dikuarantin,” katanya.

Menurut Amira lagi, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah menjaga kesihatannya dan orang disekelilingnya.


Jelasnya, duit boleh dicari tetapi kesihatan dan nyawa yang diberi Allah perlulah dijaga sebaik mungkin.

“Saya minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa menangguhkan penggambaran kerana menunggu keputusan saya.

“InsyaAllah semuanya akan baik dan saya yakin ada rezeki lain nanti,” katanya. -SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button