Hiburan

Neelofa puji Kilafairy berhijab

TAMPIL dengan imej berhijab, penyanyi lagu Put The Word In, Kilafairy nampaknya mendapat pujian ramai pihak.

Antara yang memberi reaksi awal ialah pengacara dan pelakon, Neelofa menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi status tersebut, Neelofa memuji kecantikan Kilafairy dengan imej baharu.

“Aku doakan kau kekal istiqamah dan, dikuatkan iman, dapat memberi manfaat dan menjadi contoh kepada orang lain,” katanya kepada Kilafairy.

Instagram Kilafairy juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang kebanyakannya terkejut dengan imej baharunya.

Antara rakan artis yang memuji imej baharunya ialah Diana Danielle, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Shakila Khoriri dan Ernie Zakri.

Penghijrahan selebriti ke imej berhijab sebelum ini sudah banyak dilakukan dan antaranya ialah Neelofa.

Namun, ada juga yang nampaknya tidak mampu bertahan dengan keputusan untuk berhijab hingga kembali ke imej sebelum ini. – SM

(Visited 600 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button