Hiburan

Tiket Konsert Coldplay RM43,200, SKMM diarah siasat

‘LAPAR’  sungguh peminat hiburan di Malaysia yang mahu menyaksikan Konsert Coldplay sehingga ada yang mengambil kesempatan menjual semula tiket yang dibeli pada harga RM43,200.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial.

data
Fahmi Fadzil

Ditemui pemberita selepas program Jom Baca Bersama 10 Minit di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), beliau berkata, wujud kegiatan penipuan jualan tiket konsert berkenaan di media sosial dan SKMM akan meminta pengendali platform berkenaan menurunkan hantaran tersebut.

“Kalau dikesan, kita akan bawa (scammer) ke muka pengadilan dan hantaran (jualan tiket) jika masih berada di platform akan diambil tindakan bersesuaian,” katanya.

Tular di media sosial mengenai kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay namun dikatakan dikendalikan oleh “scammer”.

Selain itu, terdapat juga pihak yang menjual semula tiket konsert kumpulan rock British itu dengan harga mencecah RM43,200 yang mengundang kecaman umum.

Mengenai tindakan menjual semula tiket Coldplay dengan harga mahal oleh ulat tiket, Fahmi berkata, beliau telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan pemantauan kerana kegiatan itu terletak di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

“Saya lihat (jualan semula tiket) agak keterlaluan,” katanya sambil menambah, isu ulat tiket itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar membeli tiket konsert melalui sumber yang sah bagi mengelak menjadi mangsa ulat tiket dan “scammer”.

“Kerajaan pandang serius isu ulat tike ini dan kita kena kekang dan teliti apa undang-undang dan peraturan yang boleh diguna.

“Saya ingatkan kalau ingin beli… belilah daripada sumber yang sah agar tidak ditipu. Kalau beli tetapi tidak dapat tiket, buat laporan polis untuk mereka ambil tindakan,” katanya.

Kumpulan rock dari Britain itu akan menjayakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour. – SM

BACA Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button