fbpx
Hiburan

Ayda Jebat, Nabil Mahir umum nikah pada 1 Januari 2021

AKHIRNYA, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Pengumuman tersebut sepatutnya dilakukan pada malam semalam tetapi tertangguh dan hanya disiarkan di saluran YouTube  Wuvvshow pagi ini.

“Kepada kawan-kawan, keluarga dan juga peminat, minta doakan yang terbaik untuk kita berdua,” kata Ayda.

Menerusi video tersebut juga, Ayda dan Nabil Mahir turut berkongsi detik-detik awal pertemuan mereka sebelum menjadi pasangan kekasih.


Malah, di dalam video tersebut juga, beberapa rakan selebriti seperti Mira Filzah, Elfira Loy dan Datuk Aznil Nawawi turut menyampaikan ucapan tahniah khusus buat pasangan tersebut.

Sebelum ini pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. -SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button