Nasional

PDRM umum pertukaran 6 pegawai kanan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis yang dilantik sebagai Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor.

Selain itu, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Petaling Jaya DSP Zaiham Mohd Kahar pula dilantik Ketua Polis Daerah Bentong dengan memangku pangkat Superintendan.
Asmawati berkata, turut terbabit ialah Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang yang ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di negeri sama.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang dilantik mengetuai jabatan itu dengan memangku pangkat Superintendan, katanya. – BERNAMA
(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button