Nasional

Dua helikopter bertembung sebelum terhempas, dua maut

DUA lelaki maut selepas helikopter yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi helikopter sebelum terhempas di Taman Melawati, Ampang tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, terdapat empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

“Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri manakala dua lagi selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam. Saya tak boleh maklum apa lagi,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa video yang menunjukkan video helikopter tersebut jatuh dalam keadaan yang laju.

Sebuah lagi helikopter yang terlibat dengan kejadian itu juga dikatakan telah berjaya untuk mendarat dengan selamat. -SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button