Banjir

Surau As Sobirin SBCR santuni mangsa banjir

SURAU As Sobirin, Sungai Buloh Country Resort (SBCR), Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor baru-baru mengadakan misi bantuan pasca banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan dan Kampung Baru HICOM, Selangor.

Kira-kira 20 sukarelawan yang terdiri daripada ahli kariah surau tersebut dan diketuai oleh Pengarah Misi Bantuan Banjir Surau As Sobirin Datuk Kamal Malik serta Pengerusi Surau Fakhrudin Husain menyertai misi tersebut.

Menurut Kamal, pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, peralatan dapur, kitab al-Quran, sejadah dan telekung solat serta bantuan wang tunai diagih-agihkan kepada kira-kira 30 keluarga yang terkesan teruk di dua buah kampung iaitu Kampung Serian Batu 11 dan Kampung Limau Kasturi. 

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah hasil derma orang ramai kepada Tabung Mangsa Banjir Surau As Sobirin yang diaktifkan setiap kali tiba musim banjir.

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Global Peace Malaysia turut menyumbang kotak-kotak makanan untuk diberikan kepada penduduk di dua buah kampung yang terletak di pedalaman Gua Musang itu.


“Keadaan di kampung tersebut sungguh menyayat hati, sebahagian besar rumah rosak teruk menyebabkan majoriti penduduk kampung kehilangan harta benda manakala jalan utama yang menghubungkan mereka dengan dunia luar juga hampir terputus,’’ katanya.

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button