Berita

Jerteh dan Besut terputus hubungan

Keadaan banjir di Jerteh dan Besut semakin buruk menyebabkan beberapa kawasan lumpuh akibat terputus hubungan sehingga semua jalan ke daerah tersebut terpaksa ditutup.

Jumlah mangsa banjir di Besut merekodkan antara yang tertinggi di Terengganu berikutan sungai melimpah ke kawasan sekitar ekoran hujan lebat berterusan tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Malah jalan-jalan utama di sekitar Masjid Hadhari Jerteh tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.

Dalam masa sama, banyak penduduk tempatan berteduh di masjid yang berdekatan buat sementara waktu kerana hampir keseluruhan tempat dilanda banjir.

Seramai 5,492 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Operasi pemindahan juga dibantu oleh pihak pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Pihak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula menyediakan dua buah lori bagi setiap daerah serta lima buah lori pengangkutan disediakan Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button