BanjirBencana alamNasional

Janda Baik dilanda banjir

Hujan lebat sejak 9 malam tadi

HUJAN lebat yang turun sejak pukul 9 malam tadi sehingga ke Subuh menyebabkan kawasan Janda Baik, Pahang dinaiki air.

Anggota bomba membersihkan jalan raya yang ditutupi pokok tumbang di Janda Baik.

Beberapa penduduk terkandas dan tidak dapat pergi ke tempat kerja susulan air yang naik dan pokok tumbang.

SUARA MERDEKA difahamkan, anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi pokok tumbang dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Penduduk yang terjejas hanya mampu melihat air memasuki rumah mereka dan selepas hujan berhenti, kerja-kerja membersihkan lumpur dilakukan.

Selain daripada rumah-rumah penduduk yang terjejas, chalet-chalet yang terdapat di situ turut dimasuki air.

Hanya beberapa rumah yang terletak di tanah tinggi sahaja yang tidak dinaiki air. – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button