Luar Negara

Kasut Buruk Balenciaga Boleh Ditempah Bermula Dengan Harga RM2,738

Jenama fesyen mewah, Balenciaga kembali mengundang kritikan apabila melancarkan koleksi kasut yang mengetengahkan tema terlalu lusuh dan buruk, lapor laman Hypbae, hari ini.

Koleksi terbaharu itu datang dalam dua gaya berbeza iaitu ‘high cut’ dan ‘mule’.

‘Mule’ adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang atau kekangan di sekeliling tumit kaki.

Kedua-dua kasut edisi terhad itu hanya boleh didapati menerusi pra tempahan dengan harga mencecah AS$625 (RM2,738) bagi ‘high cut’ dan AS$495 (RM2,168) untuk gaya ‘mule’.

Disediakan dalam warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.

Menurut kenyataan akhbar Balenciaga, koleksi Paris Sneaker membawa terjamahan bahawa kasut keluaran jenama itu layak dipakai seumur hidup meskipun setelah bertukar lusuh.

Bagi koleksi berwarna hitam dan putih, Balenciaga mengehadkan 100 pasang sahaja untuk dijual di seluruh dunia.

(Visited 744 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button