Nasional

Boleh datang sekolah walaupun tiada pakaian seragam

MURID-MURID yang terjejas banjir serta mereka yang tidak berkemampuan diberi kelonggaran untuk datang ke sekolah memakai pakaian biasa.

Ini adalah kelonggaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kepada murid dan pelajar yang kurang mampu untuk hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baharu, andai mereka tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia sebagai langkah memudahkan ibu bapa terutama mereka terkesan akibat banjir.

“Dalam konteks di Johor misalnya, kita (KPM) beri ruang kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian seragam.

“Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan,” katanya selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Estek di sini, hari ini. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button