BanjirNasionalNegeriRibut

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Terengganu, Pahang & Johor

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ke atas tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang keadaan cuaca buruk itu melibatkan beberapa daerah iaitu Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala di Johor pula ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Segamat dan Mersing. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button