BanjirBencana alam

Terowong SMART ditutup

TEROWONG Lebuhraya SMART  telah ditutup kepada lalu lintas bagi pengaktifan sistem banjir akibat hujan lebat.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi penutupan tersebut pada pukul 6.47 petang.

“Pihak SMART memoho agar pengguna bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi Terowong Lebuhraya SMART yang akan disiarkan melalui penghebahan media dan papan maklumat elektronik.

“Status SMART juga boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smartttunnel ataupun Smart Tunnel di Facebook.

“Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh dibuat ke talian bantuan SMART 1-300-88-7188. Sebarang kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button