BanjirNasionalpilihan

Kerajaan lulus projek bina benteng sementara di Rantau Panjang

Dalam menghadapi musibah banjir termasuk di Kelantan, kerjasama semua pihak sama ada jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut bagi membantu mangsa banjir.

Kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat.

Beberapa projek baharu turut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Pasir Mas sebagai langkah mengatasi masalah banjir.

Sehubungan itu, beberapa perkara telah diputuskan merangkumi tindakan Kerajaan yang meluluskan projek bina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

Menerusi tindakan Kerajaan tersebut, Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2.

Dalam masa sama, proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan. – SM

Artikel berkaitan > Anwar tiba di Kota Bharu tinjau situasi banjir di Kelantan

     

    (Visited 99 times, 1 visits today)

    PENTING
    1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
    2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
    Show More

    Related Articles

    Back to top button