Nasional

Tayar monorel terbakar di Stesen Titiwangsa

Kebakaran yang berlaku pada tayar sebuah monorel di Stesen Monorel Titiwangsa, telah mencetuskan sedikit panik dalam kalangan pengguna.
Memetik laporan BERNAMA jurucakap bomba berkata mereka menerima penggilan kecemasan pada 12.57 tengah hari sebelum menghantar lima anggota dan jentera ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati tayar monorel terbakar dan jatuh ke jalan raya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.
“Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button