fbpx
Nasional

Putra minta kerajaan lanjutkan moratorium

PARTI Bumiputera Perkasa (Putra) meminta kerajaan melanjutkan pelaksanaan moratorium yang sepatutnya berakhir pada September ini.

Permintaan itu berikutan berlaku pemberhentian pekerjaan yang ramai ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Penguatkuasaan perintah tersebut menutup hampir keseluruhan operasi ekonomi menyebabkan majikan terpaksa melakukan pelan rasionalisasi di syarikat masing-masing.

Termasuklah, pengurangan gaji, pelaksanana cuti tanpa gaji serta pemberhentian pekerja akibat kerugian.

“Pergerakan Sayap Wirawati Putra berasa terkesan dan amat sedih dengan perkongsian statistik Jabatan perangkaan Malaysia pada 15hb Jun lalu.


BACA > Pemimpin parti tahu saya jumpa PM, kata ADUN DAP — Suara Merdeka

“Di mana sejumlah 778,800 rakyat telah hilang pekerjaan setakat April tahun ini.

“Penutupan operasi ketika PKP mengakibatkan kesan ekonomi seperti kehilangan pekerjaan dan amat sukar mencari kerja lain.

“Ini kerana syarikat syarikat cenderung mengecilkan jumlah pekerja serta meringankan kos operasi.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bakal berakhir September ini dan rata-rata sektor terjejas serta mereka yang majoriti hilang punca pendapatan masih tidak mampu menanggung hutang.”

Demikian alasan yang dikemukakan Ketua Pergerakan Sayap Wirawati Putra, Dr. Asmah Razalli apabila menjangkakan ramai rakyat Malaysia tidak dapat membayar hutang selepas tamat moratorium.

Dalam masa sama, beliau juga meminta pertimbangan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya melanjutkan moratorium kerana masih banyak sektor terjejas.

BACA > Beri mandat kepada rakyat untuk elak elit politik ‘mencari faedah’ — Suara Merdeka

Tambahnya, proses pemulihan syarikat dan mendapatkan pekerjaan baharu oleh mereka yang terjejas tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Dalam pada itu, Asmah turut menggesa syarikat pemberi pinjaman wang atau sewa beli menunjukkan tanggungjawab sosial dengan menawarkan moratorium seperti dilakukan bank-bank.

“Moratorium tanpa faedah yang diberikan BNM seharusnya dicontohi syarikat kredit yang menawarkan pinjaman peribadi dan sewa beli kereta.

“Rakyat terbeban dan ini masanya untuk mereka menunjukkan keprihatinan sosial setelah bertahun mengaut keuntungan berlipat ganda dengan faedah dikenakan.

“Malaysia boleh mencontohi contoh negara lain seperti Thailand yang memberi Lanjutan penangguhan bayaran balik sehingga setahun, walaupun pelbagai insentif yg dapat membantu rakyat menarik nafas lega.

BACA > Keluar negara tanpa mohon kebenaran ikut kategori – Imigresen — Suara Merdeka

“Namun masih ramai yg keciciran seperti bantuan Prihatin & geran khas yang tidak mungkin dapat membantu rakyat setiap masa.

“Semoga rakyat tidak tertekan dengan bebanan ekonomi yang dirasakan dalam pasca Covid-19,” ujarnya hari ini.

Terdahulu, dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan pelaksanaan moratorium.

Moratorium tersebut adalah pengecualian bayaran pinjaman bagi tempoh enam bulan bermula April hingga September tahun ini.

BACA > Tiga ahli pemegang saham Bank Rakyat mohon tamatkan Akta 202 — Suara Merdeka

Selain pinjaman bank, moratorium turut memberikan pengecualian kepada peminjam Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadangan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button