fbpx
Politik

Putra jangka politik tak stabil lebih awal – Ibrahim

KETIDAKSTABILAN politik yang dialami negara sekarang selepas pembubaran kerajaan Pakatan Harapan pada hujung Februari lalu sudahpun dijangka Putra.

Jangkaan itu adalah berdasarkan jumlah kerusi dan sokongan terhadap Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak begitu selesa.

Malah keadaan boleh berubah pada bila-bila masa lebih-lebih pagi apabila desakan demi desakan diterima kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Hal demikian termasuklah gesaan membubarkan parlimen serta undi tidak percaya daripada pelbagai pihak.

“Sebaik sahaja berlakunya peristiwa Kerajaaan PH jatuh dan PM 7 letak jawatan selepas “a go go di Hotel Shereton”, Putra dengan pantas dan tegas mendesak Dewan Rakyat DIbubarkan.


BACA > Putra minta kerajaan lanjutkan moratorium — Suara Merdeka

“Sejurus itu, diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan segera.

“Putra menyarankan desakan ini sebelum Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri Ke-8..

“Gesaan PUTRA agar Dewan Rakyat dibubarkan bertunjangkan Prinsip Moral Demokrasi dan PRU-15 diadakan segera bagi mengembalikan hak rakyat untuk memilih Kerajaan.”

Demikian kenyataan Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali hari ini berhubung kemelut politik semasa dalam kerajaan ataupun pembangkang apabila wujud gerakan perebutan kuasa.

Bagaimanapun, menurut beliau suara pandangan Putra tidak mendapat perhatian walaupun hal yang dijangkakannya itu benar-benar terjadi.

BACA > Salahuddin cabar bubar DUN Johor dulu — Suara Merdeka

“Namun gesaan Putra tidak mendapat perhatian.

“Putra sudah menjangkakan bila berlaku perubahan secara ‘melompat beruk’ untuk memetik buah, pasti tidak akan membantu kearah kestabilan politik dan mendapat keyakinan antarabangsa terutama pelabur pelabur.

“Malah sokongan kepada yg direstui membentuk kerajaan menjadi polimik walaupun sah disisi undang-undang dan tanda tanya sejauh mana sokongan majoriti.

“Putra yakin Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu akhirnya akan memastikan rakyat dan negara selamat,” ujarnya.

Kemelut politik negara masih menemui kestabilan apabila desas-desus dan dakwaan beberapa Ahli Parlimen beralih arah (melompat parti) wujud.

Hal demikian mewujudkan polemik apabila PN dikatakan tidak mempunyai sokongan yang kuat dalam Dewan Rakyat.

BACA > ‘Saya nak bantu dia’ — Suara Merdeka

Ia disusuli dengan gerakan yang dilakukan oleh pembangkang dalam mengatur pemilihan Perdana Menteri dalam kalangan mereka. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button