Nasional

Keluar negara tanpa mohon kebenaran ikut kategori – Imigresen

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) hari ini sudah menetapkan kategori-kategori yang dibenarkan ke luar negar tanpa  perlu memohon kebenaran awal dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kategori pelajar yang dibenarkan keluar negara adalah pelajar Malaysia yang belajar di institusi pengajian di luar negara, termasuk mereka yang baru menerima tawaran atau ingin mengambil peperiksaan.

“Mereka perlu menunjukkan pas pelajar / visa / pas jangka panjang / surat tawaran / surat arahan mengambil peperiksaan serta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kepada pegawai Imigresen di pintu masuk.

“Warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ingin keluar negara bagi  permastautin dengan taraf Penduduk Tetap atau memiliki Pas Jangka Panjang atau bekerja di luar negara juga dibenarkan keluar.

“Tetapi mereka perlu membawa syarat dokumen pembuktian seperti Permit Kerja atau dokumen sokongan yang berkaitan untuk dikemukakan semasa berurusan di kaunter Imigresen di pintu keluar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Syed Saddiq gembira disenarai One Young World Politician Award 2020

Menurut beliau, rakyat tempatan yang mempunyai keperluan ke luar negara bagi tujuan lain selain belajar, bekerja dan menetap seperti menghadiri mesyuarat, seminar, pameran serta atas urusan kecemasan dan perniagaan masih perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Imigresen (KPI) untuk kelulusan.

Jelasnya, pemohon perlu menghantar surat permohonan berserta salinan pasport dan lain-lain dokumen sokongan melalui e-mel ke [email protected].

“Bagi warganegara asing yang dibenarkan masuk ke dalam negara tanpa memohon kebenaran ialah Pemastautin Tetap (PR) Malaysia, Diplomat serta suami, isteri, anak kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang.

BACA> Tiga ahli pemegang saham Bank Rakyat mohon tamatkan Akta 202

“Turut dibenarkan ialah mereka yang mempunyai Pas Penggajian (kategori 1), Pas Residen-Talent (RPT), Pas Tanggungan kepada Pas Penggajian (Kategori I) dan RPT serta pembantu Rumah Asing kepada Pas Penggajian (Kategori I) dan RPT,” jelasnya.

Tambahnya, warganegara asing selain daripada kategori yang dinyatakan di atas perlu menghantar
surat permohonan berserta salinan pasport dan lain-lain dokumen sokongan melalui emel ke [email protected]. -SM

(Visited 700 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button