fbpx
Nasional

BIPK ditangguhkan, umum Syed Saddiq

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) setelah beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

“Sebentar tadi saya baru berbincang dengan Dr Mahathir berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Alhamdulillah PM telah bersetuju untuk menangguhkan pekeliling itu dan Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama, Januari akan datang,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook rasminya.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan BIPK melibatkan pelantikan baru penjawat awam berkuatkuasa Januari depan.

Malah Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) menjelaskan kerajaan terpaksa menanggung hampir RM1 bilion tahun ini bagi menampung BIPK kepada penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan.


Ahli Parlimen Muar itu juga merupakan menteri Kabinet yang lantang mengkritik keputusan pemansuhan elaun kritikal untuk memastikan suara doktor, jururawat dan anak-anak muda dalam sektor kerajaan tidak akan diabaikan, dianaktirikan. SM

Show More

Related Articles

Back to top button