Politik

Elaun orang gila pun dipotong – Alex Raja Lawak

“DAHULU makan maggie pun boleh hidu wanginya, sekarang kicap pun cair.”

Demikian luahan berseloroh selebriti Alex Raja Lawak terhadap keadaan ekonomi negara ini khususnya di Parlimen Kimanis.

Menurutnya, keadaan pada masa kini lebih sukar berbanding dahulu sehingga menyukarkan penduduk di Sabah untuk mencari pendapatan.

Alex atau nama sebenarnya Alexander Ahat, 39, memberitahu, anak muda kini juga tidak berminat untuk memasuki jabatan kerajaan selepas pelbagai kemudahan termasuk elaun kritikal dimansuhkan.

“Elaun orang gila (Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal) pun dipotong.

“Apa lagi pencen pun dimansuhkan, banyak bajet semua dipotong. Sekarang ini kerja susah, ekonomi tidak bagus, mahu buat kerja sekarang pun tak bagus,” luahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid yang bersiaran langsung di UMNO Online dari Parlimen Kimanis malam ini sempena Pilihan Raya Kecil di sana.

Tambahnya, sekarang adalah masa untuk anak muda untuk membuat perubahan dan memberi isyarat kepada kerajaan bahawa mereka tidak setuju dengan dasar semasa.

“Setahun lebih tetapi makin teruk, apa boleh buat sudah menang diam sahajalah.

“Tetapi kita mesti bising, kasi gegar, jangan kasi kerajaan senang. Dahulu anak muda tolak Barisan Nasional (BN) masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana janji hapus PTPTN.

“Tetapi apabila sudah perintah, PTPTN masih diteruskan lagi. Pakatan Harapan (PH) sebelum menang hanya cipta khayalan untuk diberi kepada anak muda,” ujarnya. – SM

(Visited 1,061 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button