BeritaPolitik

‘Saya tidak rela jadi kuda tunggangan’

TAN Sri Mohamed Apandi Ali dilapor melepaskan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO berkuat kuasa serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” kata beliau mengulas tindakannya itu.

Menurut Mohamed Apandi, keputusan tersebut dibuat berikutan pembatalan pertemuan Lembaga Disiplin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bekas Peguam Negara itu dilaporkan kecewa kerana sesi tersebut telah dibatalkan dipercayai atas arahan pucuk pimpinan parti sendiri.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan parti.

Hishammuddin dipanggil menghadap Lembaga Displin bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar Perlembagaan dan tataetika parti apabila dikaitkan dengan usaha membawa beberapa pemimpin UMNO menyertai Bersatu.

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button