Nasional

Perdana Menteri lakukan lawatan singkat ke Sarawak

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan singkat ke Sarawak hari ini.

Dalam lawatan itu beliau telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Sarawak yang turut dihadiri Premier Sarawak, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan dan pengurusan kanan kerajaan yang lain.

“Perbincangan selama hampir satu jam 30 minit menyentuh pelbagai isu, cabaran, perancangan dan keperluan bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan dan sekolah daif di Sarawak.

“Antaranya mengenai kekurangan nisbah perkhidmatan kepakaran perubatan kepada penduduk berbanding purata nasional, kekurangan institusi perubatan khas bagi rawatan kanser, wanita dan kanak-kanak, rehabilitasi, perubatan respiratori, pusat darah dan kepakaran pergigian.

“Malah, lima daerah di Sarawak masih tidak mempunyai hospital walaupun penduduk melebihi 30,000 orang serta terdapat pecahan yang signifikan bilangan sekolah yang tiada peruntukan pembangunan.

“Saya gesa Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta semua kementerian dan agensi berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Sarawak secara berkesan.

“Saya turut bersetuju agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak. Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Sarawak di luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan. – SM

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button