Berita

Cameron Highland dilanda banjir lumpur

Akibat dari hujan yang berterusan kini Cameron Higland dilanda banjir lumpur pada petang selasa di Kampung Baru Cameron Kampung Raja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhammad Fadeli Abu Sirin berkata, anggota bomba ke Kawasan berkenaan pada pukul 6.30 petang sebaik menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Hujan berterusan menyebabkan berlaku sedikit kenaikan air yang melibatkan sebuah kawasan perumahan di Kampung Raja. Keadaan itu menyebabkan penghuni satu unit rumah di situ minta dipindahkan.

“Setakat ini cuaca masih hujan dan kita telah menempatkan anggota bomba di kawasan kejadian untuk pemantauan,” katanya

Rata-rata penduduk menyuarakan rasa bimbang mengenai bencana itu kerana di Kawasan terbabit merupakan Kawasan tanah tinggi.

Bagi yang merancang untuk pergi bercuti di Cameron Higland diminta untuk tangguhkan dahulu, dan perlu mengambil iktibar dari kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali baru-baru Ini.

(Visited 954 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button