fbpx
Nasional

SSPN CATAT KEUNTUNGAN RM151.50 JUTA

PELABURAN Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) setakat suku ketiga tahun 2019 telah memperoleh keuntungan membanggakan dengan jumlah terkumpul sebanyak RM151.50 juta.

Prestasi tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 25.9% berbanding RM120.33 juta bagi tempoh yang sama tahun 2018.

Keuntungan SSPN ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi.

Untuk makluman pada tahun 2018, PTPTN telah berjaya mengagihkan dividen SSPN pada kadar 4% kepada 3.52 juta akaun melibatkan peruntukan berjumlah RM118.61 juta.

Berdasarkan kepada prestasi tahun semasa, PTPTN menjangkakan dapat meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar pemberian dividen tersebut.


Prestasi ini disokong berdasarkan pencapaian SSPN bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan jumlah deposit adalah sebanyak RM581.83 juta berbanding RM486.92 juta pada tempoh yang sama tahun 2018.

Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM94.91 juta atau 19.5%, sekali gus menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruhan sehingga September 2019 berjumlah RM4.65 bilion.

PTPTN mengunjurkan jumlah deposit bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM1.30 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 15%.

Unjuran ini adalah berasaskan kepada pencapaian positif yang dipacu menerusi langkah berterusan promosi galakan penabungan yang dilaksanakan sepanjang tahun di seluruh negara seperti program Jelajah SSPN, Minggu Menabung dan Gerak Gempur Skim Simpanan (2G2S).

Di samping itu, ia juga disumbangkan oleh kenaikan jumlah insentif pelepasan taksiran cukai dari RM6,000 kepada RM8,000 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan menerusi Bajet 2019.

Secara keseluruhan, sehingga akhir suku ketiga 2019 sebanyak 4.26 juta akaun SSPN telah dibuka sejak dilancarkan pada tahun 2014. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button