NasionalParlimen

Protes usul KWSP ditolak Timbalan Speaker: Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan

KECOH dalam Dewan Rakyat pagi ini. Itu lumrah yang dapat disaksikan setiap kali wakil-wakil rakyat kita bersidang di Parliamen.

Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes selepas usul dikemukakan untuk membincangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar ditolak.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, usul itu perlu dibahaskan hari ini kerana persidangan Dewan Rakyat akan tamat esok.

Namun usul itu ditolak oleh Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong kerana keputusan sudah dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) sebelum itu berdiri menyokong Wan Fayhsal supaya usul berkenaan yang merupakan isu penting rakyat terus dibahaskan.

“Jika perkara ini tidak dibincangkan, kami (Ahli Parlimen PN) akan keluar sebagai protes,” kata Hamzah.

Lau berkata, Ahli Parlimen mempunyai hak untuk keluar dan masuk semula ke dewan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat kembali memasuki Dewan Rakyat untuk meneruskan perbahasan. – SM

BACA Bayaran dividen KWSP diteruskan walaupun guna cagaran bank-PM Anwar Ibrahim

BACA KWSP jadi permainan politik, Kerajaan beri RM500 untuk pelaburan masa depan – Anwar

BACA Kerajaan tak amalkan pendekatan populis keluar KWSP-Rafizi Ramli

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button