NasionalNegeri

Bayaran dividen KWSP diteruskan walaupun guna cagaran bank-PM Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaa, pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum akan diteruskan walaupun mereka menggunakan simpanan sebagai cagaran kepada bank.

“Umpamanya RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal. Jadi tidak dipotong (dividen),” katanya di Dewan Rakyat hari ini, semasa pertanyaan Menteri.

Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) yang bertanya, adakah kaedah cagaran itu melanggar Akta KWSP dan sama ada perdana menteri mendapatkan nasihat Peguam Negara.

Kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, cadangan itu tidak bercanggah dengan Akta KWSP dan kerajaan telah mendapatkan nasihat daripada KWSP dan peguam negara.

Terdahulu Anwar mengumumkan cadangan membolehkan pencarum KWSP yang terdesak menggunakan simpanan sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

BACA > KWSP jadi permainan politik, Kerajaan beri RM500 untuk pelaburan masa depan – Anwar

– SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button