KesihatanNasionalpilihan

Kerajaan bakal bentang RUU baharu kawal kawal sediaan nikotin vape – Dr Zaliha

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal selia semua produk kawalan tembakau dan vape Mei ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata, RUU berkenaan adalah bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap produk berkenaan.

Katanya, beliau telah menjalankan sesi libat urus termasuk peruntukan Generasi Penamat Rokok (Generational Endgame, GEG) kepada pihak berkepentingan seperti ahli parlimen, badan bukan kerajaan, badan profesional dan pihak lain yang berkaitan.

“Bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair rokok elektronik atau vape, kementerian akan membentangkan RUU baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok yang mengandungi nikotin,” katanya dalam kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu.

Tambah Zaliha, KKM akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melaluin Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).

Terdahulu, kerajaan mengambil keputusan untuk mengeluarkan cecair dan gel nikotin dari senarai Akta Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 [Akta 366].

Keputusan tersebut telah menimbulkan  kebimbangan dan maklum balas yang negatif daripada rakyat Malaysia di media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Artikel berkaitan > Tarik semula keputusan keluarkan cecair vape dari Akta Racun 

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button