Nasional

96 orang kembali dari India tidak dibenarkan kuarantin di rumah

KESEMUA 96 warganegara Malaysia yang dibawa pulang dari India pagi tadi telah di tempatkan di pusat pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, Enstek, Nilai untuk tempoh selama 14 hari.

Walapun kesemua mereka disahkan tidak dijangkiti Covid-19 sebaik tiba di ibu negara namun mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk dikuarantin seperti individu lain yang baru pulang dari luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, tindakan itu diambil kerana kumpulan terbabit pulang dari negara yang berisiko tinggi.

“Kuarantin mandatori selama 14 hari ini dijalankan di pusat pemantauan yang ditetapkan dan bukan sebagai Home Surveilance Order dengan mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19.

“Pemantauan kesihatan dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan,” kata Dr. Noor Hisham.

Jelas Dr. Noor Hisham,  saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari terhadap kesemua mereka bagi memastikan mereka benar-benar sihat sebelum boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan.

Menurutnya, KKM akan terus memantau aspek kesihatan mereka dan akan memaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang pulang dari India pagi tadi terdiri daripada 72 lelaki dan 24 perempuan dengan pecahan 92 dewasa dan 4 kanak-kanak.

Saringan kesihatan telah dilakukan oleh petugas kesihatan yang sedang bertugas di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Kesmua mereka didapati mengalami demam serta gejala lain bagi COVID-19.

Swab sampel Nasopharyngeal telah diambil di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk ujian makmal pengesanan COVID-19 bagi 88 orang.

Sementara 8 orang ahli keluarga petugas kedutaan telah menjalankan ujian sebelum berlepas di India dan didapati negatif Covid-19.

Pesawat membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.31 pagi tadi.

Kesemua 96 termasuk 62 jemaah tabligh dibawa pulang dalam misi kemanusiaan menggunakan penerbangan sewaan khas Malindo Air, yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Seramai 34 individu lagi terdiri daripada kakitangan kedutaan Malaysia serta rakyat Malaysia yang terkandas sejak lapangan terbang di India ditutup, manakala baki 11 orang adalah kru Malindo Air.-SM

 

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button