Nasional

Covid-19: Jangan benarkan individu dari luar negara kuarantin di rumah

Susulan pengumuman KKM semalam terdapat tiga kluster baharu membabitkan individu pulang dari luar negara

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan menyemak segera polisi membenarkan mereka yang tiba dari luar untuk menjalani kuarantin di rumah sendiri.

Ini berikutan tiga daripada empat kluster baru Covid-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

NAJIB RAZAK

Menurut Najib, mereka yang tiba dari luar negara perlu dianggap sebagai kes suspek dan dikendalikan sebegitu sehingga sampai ke tempat khas untuk dikuarantin.

“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan. Suruh mereka bayar sendiri,” saran Najib.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, sesiapa yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan penjara mandatori dan bukan dengan denda kompaun berjumlah RM1,000 sahaja.

Semalam KKM melaporkan tiga kluster baru melibatkan mereka yang tiba dari luar negara iaitu Kluster Pitakwa, Kluster Shirala dan Kluster Jupiter.

Pesakit indeks Kluster Pitakwa adalah seorang warganegara Malaysia yang pulang dari Nigeria pada 11 Julai lalu. NIgeria mempunyai jumlah kes 34,854 dengan 595 kes baru semalam.

Pesakit Indeks Kluster Shirala seorang golongan profesional warga India yang tiba di Malaysia dari India pada 6 Julai lalu atas urusan kerja. India mempunyai jumlah kes 1.03 juta dengan 35,468 kes baru semalam.

Pesakit Indeks Kluster Jupiter pula ialah anak kapal bukan warganegara sebuah kapal bernama Jupiter yang berlayar dari Singapura menuju ke Sabah tetapi terpaksa berlabuh di Sarawak sebab keadaan pesakit bertambah teruk.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai berikutan peningkatan kes baharu yang dibawa masuk ke negara ini, sedangkan sebelum ini statistik sebelum ini adalah sangat baik.

Negara kini masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka berakhir pada hujung bulan ini.

Jika situasi sedemikian berlarutan dikhuatiri negara tidak akan dapat keluar daripada pandemik wabak maut ini.

Ia sekaligus membangkitkan kebimbangan orang ramai untuk keluar dan melancung, sudah pasti akan menjejaskan ekonomi negara.

“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua Covid akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia

“Saya percaya rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi PKP 6 minggu lagi setelah kita sudah berkorban 2 bulan. Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” kata Najib.

Menurut Najib, individ terbabit boleh pulang ke rumah selepas kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif. – SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button