NasionalNegeri

Raja Muda berkenan lantik Pengarah JAIPs baharu ‘Ex Officio’ MAIPs

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) yang baharu, Najmuddin Abdul Karim sebagai ahli ‘Ex Officio’ dalam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tempoh ini berkuatkuasa mulai 1 September 2022 hingga 31 Disember 2023 atau sehingga tarikh terakhir beliau memegang jawatan sebagai Pengarah JAIPs.

Pelantikan oleh Tuanku Syed Faizuddin selaku Pengerusi MAIPs adalah setelah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis berdasarkan peruntukan Subseksyen 11(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Enakmen 4).

Di majlis sembah mengadap pengenalan dan penyerahan perutusan pelantikan keanggotaan beliau sebagai ahli Ex-Officio MAIPs kepada Najmuddin yang diadakan di Galeri DiRaja Arau.

Raja Muda juga berkenan menyaksikan simbolik Penyerahan Nota Serah Tugas antara Najmuddin dan Muhammad Hafeez Abu Seman yang telah memangku jawatan Pengarah JAIPs sebelum ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs,Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah berharap agar pelantikan Najmuddin akan memantapkan lagi fungsi dan peranan JAIPs untuk menyempurnakan perkhidmatan terbaik kepada negeri dan masyarakat selain dapat memberi sumbangan idea, pengalaman dan kepakaran secara berterusan dalam memperkasakan lagi MAIPs.

Najmuddin , 46 merupakan lulusan Syariah dan Undang-Undang Pengkhususan Fiqh dan Usul dari Al-Bayt Universiti Jordan.

Jawatan terakhir beliau sebelum memulakan amanah di Perlis pada 1 September 2022 ialah Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya. – SM

(Visited 782 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button