Sukan

MAKAF umum enam atlet karate ke Sukan Asia Hangzhou, China

Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mengumumkan senarai enam atlet yang akan memikul cabaran negara pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Ogos depan.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, enam atlet yang dipilih terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita bertanding dalam acara kumite mengikut kategori masing-masing.

Nur Azmi Ahmad mengadakan sidang akhbar mengumumkan senarai enam atlet negara ke Sukan Asia Hangzhou, China.

Menurutnya, enam atlet karate lelaki yang dipilih ialah Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), H. Sureeya Shankar (kumite lelaki 60kg), S. Prem Kumar (kumite lelaki 55kg) dan R. Sharmendran (kumite lelaki bawah 75kg).

Beliau berkata, dua atlet karate wanita yang menjadi sandaran MAKAf ialah P. Madhuri (kumite wanita 55kg) dan C. Shahmalarani (kumite wanita bawah 50kg).

Menurutnya, keputusan memilih enam atlet tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan tiga jurulatih skuad karate negara.

“MAKAF mensasarkan hanya satu pingat emas pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China September ini dan sasaran ini adalah realistik setidak-tidaknya.

“Persiapan rapi akan dilakukan untuk enam atlet karate negara yang terpilih bagi menjalani latihan di Maghribi, Tunisia dan sebuah negara di Eropah,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Kejohanan Karate Asia ke-19 berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Nur Azmi berkata, skuad karate negara mempunyai tempoh dua bulan dalam membuat persiapan rapi bagi persediaan mengharungi cabaran getir di Sukan Asia nanti.

Menurutnya, MAKAF berkemungkinan besar akan membuat perubahan kategori atlet yang bertanding mengikut kesesuaian acara yang dipertandingkan nanti.

Katanya, perubahan itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas menilai prestasi kesemua 16 atlet karate negara yang bertanding di Kejohanan Karate Asia ke-19 yang sedang berlangsung di MITC.

Ujarnya, perubahan itu amat penting buat enam atlet karate dapat menyumbang satu pingat emas yang disasarkan.

“Sebagai contoh, jika Prem boleh kekal bertanding bagi berat badan 75kg kita akan kekalkan begitu, kalau Sureeya Shankar boleh ke berat 55kg daripada 60kg kita akan turunkannya,” ujarnya. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button