Politik
Trending

Putra adalah alternatif, tolak gabungan mana-mana parti

PARTI Bumiputera Perkasa (PUTRA) menzahirkan kekesalan terhadap laporan berita yang menggambarkan parti itu akan bekerjasama dengan parti lain.

Apatah lagi wujud laporan membayangkan Putra akan mendapatkan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Umum maklum Ahli Parlimen Langkawi kini berada pada kerusi bebas dan tidak lagi berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pakatan Harapan (PH).

Justeru, Putra mahu menjadi parti tunggal apabila menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan diadakan lebih awal.

“Kami kecewa dengan sikap pemain media di pentas politik Malaysia masih mengulangi cara lama dalam mendapatkan perhatian awam.

BACA > Isu jemaah tabligh di India rumit, kerajaan berjaya bawa 62 pulang — Suara Merdeka

“Ini menggambarkan mereka masih tidak bersedia untuk berpolitik dengan kelas yang lebih baik demi kebaikan negara.

“Strategi ini menampakkan perjalanan politik kerajaan mahupun pembangkang sedia ada masih ditahap lemah dan menjijikkan.

“Fitnah ini dilahirkan sebagai persediaan kumpulan pro parti politik tertentu bagi menghadapi PRU. Mereka dengan sengaja mengada-adakan isu bagi dijadikan punching bag.

“Tetapi Wira Putra yakin ia tidak akan menyusutkan sokongan rakyat terutama non partisan terhadap parti sebagai wadah pilihan baru bagi menyemak dan mengimbang politik negara.”

Demikian kenyataan Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif yang turut menegaskan pembawakan partinya adalah teguh, tulen dan telus.

BACA > Boleh ke panggung wayang pandu masuk diterima masyarakat? — Suara Merdeka
NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Tambahnya, Putra menolak fitnah yang dilemparkan ke atasnya berhubung gabungan dengan Dr. Mahathir termasuk isu berkaitan dana RM2 juta.

“Gambar dan penulisan mengaitkan Putra akan bersama dengan mantan PM 4 & 7 adalah fitnah tak sudah-sudah blogger murahan.

“Jangan menilai perjuangan parti dengan jumlah sekecil RM 2 Juta. Putra bukan parti yang pemimpinnya boleh dibeli dengan nilai serendah itu.

“Konteks yang dibawa PUTRA jauh lebih teguh, tulen dan telus jika nak dibandingkan dengan pembawakkan parti sedia ada yang pemimpinnya boleh dijual beli,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan tidak menafikan pihak-pihak yang mula merasa tergugat dengan kehadiran partinya yang menyatakan hasrat untuk menyertai PRU-15.

“Pembawakkan PUTRA yang jauh lebih bermaruah telah membuatkan kumpulan-kumpulan tertentu panas punggung.

“Ini kerana mereka sudah mula rasa tergugat dan tidak senang dengan kedudukan mereka.

“Putra sebelum ini dengan berani telah menyatakan hasrat untuk bertanding di PRU-15.

BACA > Siti Kasim tegur pihak berkuasa agama buat serbuan bawa media — Suara Merdeka

“Kami juga menyatakan kesepakatan para Ahli Dewan Tertinggi (ADT) untuk tidak menyertai mana-mana gabungan politik serta lebih selesa bergerak sendiri,” jelasnya. – SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button