BeritaNasionalPendidikan

SPM 2021: 9,696 calon peroleh semua A

SEBANYAK 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021, beliau berkata, Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29% calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.


Nor Zamani berkata, calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah seramai 336,630 orang iaitu 88.09% daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Sebanyak 55.29% calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata, calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah seramai 336,630 orang, iaitu 88.09% daripada 407,097 calon yang mendaftar. – FMT – SM

Artikel berkaitan > Keputusan SPM 2021 keluar pada 16 Jun 2022

 

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button