Nasional

Peruntukan tambahan RM38 juta baiki kerosakan bencana di Yan, Merbok

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana kepala air di Yan dan Merbok, Kedah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di daerah itu yang terjejas akibat kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu.

Menurut Mahdzir, peruntukan tambahan itu diberi bagi mempercepatkan proses pembaikan kerosakan akibat bencana yang mengorbankan enam nyawa tersebut.

“Selepas meninjau keadaan semasa selepas bencana itu, KPLB memutuskan untuk menambah peruntukan dengan kadar segera bagi membolehkan pelbagai infrastruktur dibaiki secepat mungkin demi memastikan anggota Keluarga Malaysia di daerah Yan ini yang ditimpa musibah tempoh hari dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Ini memandangkan banyak infrastruktur terjejas teruk dan memerlukan pembaikan segera kerana ia melibatkan keperluan penduduk setempat,” kata Mahdzir.

Peruntukan segera itu juga katanya, seiring dengan keprihatinan KPLB dalam memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat terutamanya di luar bandar sebagai sebahagian Keluarga Malaysia.

Peruntukan tambahan itu membabitkan pembinaan rumah PPRT sebanyak RM1 juta.

Sejumlah RM300,000 untuk kerja-kerja baik pulih jalan kampung dan RM500 ribu di bawah program ameniti sosial termasuk membaik pulih titi dan jambatan.

Peruntukan berkenaan turut membabitkan sejumlah RM1 juta untuk bekalan air alternatif dan RM35 juta untuk menaiktaraf Loji Rawatan Air Tupah bagi menyedia akses bekalan air bersih dan terawat kepada 450 buah rumah penduduk yang terlibat.-SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button