Nasional

Rakyat Malaysia di Kyiv berjaya dibawa keluar

Sebanyak sembilan rakyat Malaysia yang terperangkap di Ukraine kini diserang oleh Rusia, berjaya dibawa keluar.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkongsi khabar gembira itu di media sosial.

”Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia dan 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland,” kata beliau.

Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Poland. Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button