fbpx
Nasional

Sesuaikan harga rumah dengan pendapatan garis kemiskinan baharu

JABATAN Perumahan Negara sedang meneliti laporan pendapatan isi rumah dan pendapatan garis kemiskinan baharu agar harga rumah dapat disesuaikan dengan pendapatan untuk pemilikan rakyat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata penelitian itu dibuat selaras dengan pengumuman Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan pengelasan baharu isi rumah oleh kerajaan.

“(Sekarang) tafsiran dan kaedah pengukuran perumahan mampu milik di Malaysia mengambil metodologi gandaan median (Median Multiple) sebagai indikator utama bagi menilai kemampuan memiliki rumah.

“Formula yang kita gunakan (bagi menentukan) harga rumah mampu milik; pendapatan penengah (median) x 12 (bulan) x 3.0, itulah kadar harga rumah yang ditentukan di bawah program Rumah Mampu Milik ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung tafsiran harga rumah mampu milik pada masa ini sama ada bertepatan dengan keupayaan kewangan rakyat masa kini. – BERNAMA


Show More

Related Articles

Back to top button