Nasional

UniMAP tekan penghasilan makalah ilmiah untuk masyarakat

Pada tahun 2019, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menghasilkan sebanyak 12 judul buku bercetak dan 10 judul buku elektronik bagi memenuhi keperluan penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran ilmu kepada masyarakat umum.

Selain itu, Penerbit UniMAP telah berjaya menerbitkan 6 jurnal dengan 13 isu terbitan dalam tahun 2019, serta lain-lain terbitan yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan 92 bahan terbitan bagi tahun 2019.

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik dan penulis yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Adalah diharap kita akan terus memberi sumbangan yang terbaik demi kecemerlangan UniMAP.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima taklimat daripada Temis (Malaysia) Sdn Bhd yang bernaung di bawah Mastech Group dari Melaka yang terlibat di dalam industri biomass di Chancellor’s Lounge Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP di kampus alamnya di Pauh Putra pada petang semalam.

Di majlis yang sama Ketua Pegawai Eksekutif Temis, David Lim Szu Chom dan Ketua Pegawai Operasi Ken Barnes Soccer Skills, P. Subramaniam menyerahkan sumbangan RM7,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi pihak Temis (Malaysia) Sdn Bhd dan juga Yayasan Geomatika University College untuk tujuan kegunaan pelbagai aktiviti amalnya. – SM


(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button