Nasional

Kes aktif Covid-19 melepasi 4,000 ; 73 dalam ICU

KES aktif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 4,161 kes selepas 374 kes baharu dicatatkan dan 73 kes sembuh direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Seramai 73 orang di masukkan ke dalam unit rawatan rapi dan 28 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 372 kes baharu adalah jangkitan tempatan manakala 2 kes pula merupakan kes import.

Sabah masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 277 kes, melibatkan 113 kes saringan kontak rapat, 31 kes dari kluster-kluster sedia ada, 15 kes dari kluster baru iaitu Kluster Highway dan 118 lain-lain saringan Covid-19.

Selangor turut mencatatkan pertambahan kes iaitu 44 kes. Sebanyak 13 kes saringan kontak rapat,
6 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 7 kes dari kluster sedia ada dan 5 dari lain-lain saringan COVID-19.


Empat kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Bah Manggis (6 kes), Kluster Utama (3), Kluster Tasik (3) dan Kluster Simera (1).

Kes Covid-19 di Kedah terus disumbangkan oleh Kluster Tembok sebanyak 27 kes.

Sarawak mencatatkan 9 kes baharu iaitu 4 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi,
4 kes Kluster Putra yang merupakan kluster baharu dan 1 kes lain-lain saringan COVID-19

Sementara di Kuala Lumpur (4), Pulai Pinang (3), Johor (2), Perak (2), Labuan (2), Melaka (1) dan Putrajaya (1).

Sebanyak tiga kematian baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus itu adalah seramai 155 orang.-SM

 

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button