Nasional

Selepas bantuan barangan basah, minyak hitam percuma pula buat penduduk Bandar Tun Razak

TAHUN ini menyaksikan ramai yang ditimpa kesusahan tidak terduga selepas pandemik Covid-19 melanda.

Bantuan demi bantuan telah dihulurkan kerajaan dan dan ahli parlimen juga berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Selepas bantuan pendidikan dan bantuan barangan basah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar tampil lagi menghulurkan bantuan.

Kali ini, Kamarudin yang juga Timbalan Menteri Luar tampil dengan program menukar minyak hitam motosikal percuma pada 26 Disember lalu.


Bantuan yang diberikan kepada 300 orang penduduk Bandar Tun Razak  itu diberikan khusus bagi mengurangkan kos sara hidup masyarakat di kawasan itu.

“Kita semua tahu yang motosikal menjadi mod pengangkutan sebahagian besar masyarakat terutamanya di kawasan bandar.

“Jadi kita cuba kurangkan kos perbelanjaan mereka dan selain itu, kit ajuga terapkan kesedaran kepada pengguna mengenai aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan,” katanya.

Program yang bermula kira-kira pukul 10 pagi itu mendapat sambutan yang baik walaupun majlis dengan kehadiran ramai penunggang motosikal seawal pukul 9.30 pagi.

Turut hadir memberikan sokongan terhadap inisiatif ini ialah Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Shukor Md. Aziz.

Menurut Kamarudin, program seumpama ini akan diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tambahnya, selain program tersebut, pihaknya juga turut mengedarkan makanan kepada penghantar-penghantar makanan yang beroperasi di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak seperti Rider Warong, Food Panda dan lain-lain. -SM

(Visited 401 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button