Nasional

Isteri dipukul hingga maut selepas suami kantoi ber’TikTok’ dengan wanita lain

SEORANG wanita warga asing berusia 40 tahun maut selepas dipercayai bergaduh dengan suaminya selepas terlihat video Tik Tok lelaki itu bersama isteri keduanya.

Difahamkan, suspek utama yang berusia 29 tahun yang juga suami mangsa telah mengaku bergaduh dengan isterinya kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

Pergaduhan dipercayai belaku selepas mangsa melihat suspek membuat video TikTok bersama seorang wanita lain.

Suspek juga dimaklumkan telah menumbuk dan menampar isterinya berkali-kali hingga mangsa tidak bergerak sebelum keluar dari rumah dan menuju ke Klang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kes tersebut kira-kira pukul 7.03 pagi semalam.

“Mangsa yang berusia 40 tahun ditemukan dengan kesan lebam di bahagian tubuhnya di sebuah rumah flat di Pelangi Damansara, Petaling Jaya.

“Punca kematian mangsa belum dapat dikenali pasti dan mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, susulan itu, pihaknya telah menahan lelaki tersebut kira-kira pukul 3.10 petang hari sama di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.

“kira-kira pukul 6.20 petang hari sama, kita telah menahan seorang lagi suspek wanita berusia 45 tahun di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang.

“Wanita tersebut mengaku yang dia adalah isteri kedua kepada suspek utama sejak bulan November lalu,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -SM

(Visited 1,517 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button