Nasional

KKM saran PKPP dilanjutkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos ini.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, saranan tersebut diberikan berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan wabak COVID-19 akan berlaku bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Memetik laporan Bernama, Dr. Adham berkata, tempoh dua tahun merupakan masa yang lama dan pelbagai usaha telah dan akan dilakukan kerajaan termasuk  memastikan rakyat mengamalkan norma baharu bagi menangani penularan COVID-19.

“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga perdana menteri supaya dipertimbangkan untuk (terus) dilaksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Yang Berhormat Perdana Menteri untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat di negara tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuh dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Dr Adham berkata, KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi My Sejahtera dan buku rekod pelanggan  bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster COVID-19.-SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button