Berita

Wanita temui Ajal selepas mengundi

Seorang wanita warga emas ditemui ajal selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada negara di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SKRokan Gemencheh kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia 83 tahun itu sempat dirawat namun paras oksigennya menurun ketika di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.

Menurut Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab, kira-kira pada pukul 11 pagi tadi polis menerima maklumat daripada maklumat daripada Pembantu Kesihatan di KK Gemencheh memaklumkan seorang wanita disahkan meninggal dunia di klinik tersebut.

“Siasatan awal mendapati wanita hadir ke Sk Rokan untuk mengundi bersama ahli keluarga. Ketika di Saluran satu selepas mencelup jari dalam dakwat, si mati tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Kejadian yang berlaku di Gemenchen

“Si mati sedar namun paras oksigen semakin menurun. Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan Pembantu Pegawai Perubatan namun tidak berjaya.

“Sebelum kejadian, wanita yang berumur 83 tahun itu dikatakan sering mengadu sakit kaki kepada ahli keluarga sejak pulang mengerjakan umrah.

“Ketika sampai di tempat mengundi si mati dikatakan berjalan kaki dari kereta ke saluran satu. Rekod perubatan mengesahkan wanita ini adalah pesakit darah tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikan sebagai mati mengejut.

Artikle Berkaitan:>

PRN 2023: Mengundi sudah, keputusannya malam ini

Muncul saat akhir di RTM & TV3, Anwar Ibrahim raih undi PH-BN untuk PRN

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button