Nasional

3 usahawan wanita ini beri inspirasi kepada tetamu Wacana Srikandi

MENGANGKAT tema ‘’Wanita Di julang Negara Gemilang’’ bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, SACC Convenc Sdn Bhd menganjurkan satu program Wacana Srikandi yang diadakan semalam di Grand Ballroom Shah Alam Convention Centre.

Dalam majlis tersebut menampilkan Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan Masitah Mohd Affandy, Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor.

Melalui forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya bertajuk ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’, mereka berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan, pelbagai rintangan dilalui untuk mengukuhkan empayar perniagaan mereka hingga membuahkan hasil. Secaratidak langsung memberikan inspirasi suntikan semangat kepada para tetamu.

3 Usahawan wanita hebat ini berkongsi forum dalam program Wacana Srikandi

Dalam pada itu program ini juga disempurnakan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, turut menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh, di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan.

Diserikan lagi dengan persembahan yang memukau daripada penyanyi tanah air iaitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Memberi sambil berhibur, turut menyampaikan penghargaan kepada 3 buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, merasmikan program Wacana Srikandi

Program Wacana Srikandi ini disokong oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank, Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

Artikle Berkaitan :>

Wacana Srikandi angkat kejayaan wanita dalam usahawan dan kehidupan

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button