Hiburan

Wacana Srikandi angkat kejayaan wanita dalam usahawan dan kehidupan

SEMPENA meraikan Hari Wanita, SACC Convec Sdn Bhd bakal mengadakan satu program Wacana Srikandi yang akan dikongsikan oleh beberapa usahawan tentang kejayaan mereka dalam perniagaan serta kehidupan.

Dengan tema ‘Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’ bertujuan memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mencapai kerjaya dan kehidupan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nor Azlina Amran, menyedari golongan wanita kini semakin ramai berkerjaya oleh kerana itu terpanggil untuk mengadakan program tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Nor Azlina Amran

‘’Setiap kejayaan seorang wanita pasti ada satu perkara yang menyebabkan mereka bangkit, dari situ saya terfikir kenapa tidak memanggil tokoh untuk berkongsi.

‘’Dan kita juga akan tahu (rungkai) apakah rahsia di sebalik kejayaan panel-panel kita pada hari tersebut di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar’’. Katanya pada sesi sidang media yang berlangsung di SACC Convec Shah Alam pada hari ini.

Turut menampilkan forum dari tokoh-tokoh usahawan di Malaysia yang dikendalikan oleh personaliti terkenal iaitu Fedtri Yahya membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

Antara panel yang bakal hadir ialah Pengasas Chatime Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor.

Forum in dijangka member pencerahan kepada para tetamu yang hadir mengenai peranan penting wanita dalam dunia yang kian mencabar ini.

Pusat Konvensyen Shah Alam akan turut menyajikan menu-menu istimewa yang dihasilkan oleh Cef terkenal bermula dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.

Selain itu terdapat pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan dengan rekaan eksklusif sempena menyambut hari raya.

Program yang bakal berlangsung pada 5 Mac ini akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk’Seri Hajah Nancy Shukri.

Acara akan dimeriahkan oleh penyanyi tanah air iaitu Anuar Zain, Erni Zakri dan Syamel, akan menghiburkan para tetamu yang hadir.

Mereka yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi boleh membuat pembelian tiket melalui www.myticket.asia.

Artikle Berkaitan :>

Wanita sejati tetapi suara garau seperti lelaki

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button