Hiburan

Duit berkepuk & tak hairan status ‘Kaya’, Puteri Sarah saman ‘Netizen Miskin’

BELUM selesai isu rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, timbul pula isu lain yang sering dipanaskan netizen ke atas rumah tangga mereka.

Misalnya baru-baru ini, Puteri Sarah tidak berpuas hati terhadap seorang individu yang membuat cerita kononnya dia enggan diceraikan kerana wang dan status.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan Puteri Sarah dan menganggap ia fitnah selain menurut sumber, dia akan mengambil tindakan dengan menyaman netizen tersebut.

Walau bagaimanapun, pengurus Puteri Sarah, Emi, tampil menyelar pertuduhan tersebut itu menerusi laman IGstory miliknya.

“Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.


“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri,” tulisnya menerusi IGstorynya.

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button