AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda saksi serahan tauliah Masjid Nurus Said Santan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan ‘Tauliah Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat dan Pengimarahan’ Masjid Nurus Said Santan, dekat Kangar baru-baru ini.

Ia disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Muhammad Hafeez Abu Seman kepada Imam masjid berkenaan, Ahmad Kamil Ibrahim.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan saksi majlis penyerahan ‘Tauliah Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat dan Pengimarahan’ Masjid Nurus Said Santan, dekat Kangar.

Masjid Nurus Said baharu sahaja digunakan semula setelah dibaikpulih sejak Januari tahun lalu.

Mengiringi Raja Muda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim memaklumkan bahawa MAIPs pada Persidangan Mesyuarat Majlis Bilangan ke 5 bagi tahun ini bertarikh 2 Oktober lalu yang dipengerusikan oleh Raja Muda telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada masjid berkenaan mengadakan semula solat Jumaat dan melaksanakan aktiviti pengimarahan di bangunan berkenaan apabila ia disiapkan dengan sempurna.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima sembah mengadap kanak-kanak yang hadir di Masjid Nurus Said Santan, dekat Kangar.

Bagaimanapun beberapa syarat-syarat perlu dipatuh iaitu imam yang dilantik oleh MAIPs itu harus mematuhi garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs.

Teks khutbah jumaat adalah mengikut teks yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis serta mematuhi arahan lain yang dikeluarkan oleh pihak JAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-17 bagi tahun 2023 kepada penerima asnaf di kariah Masjid Nurus Said Santan, dekat Kangar.

Majlis tersebut diadakan sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-17 bagi tahun 2023.

Seramai 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra berjumlah RM400 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini ialah RM8,000. – SM

BACA Masjid pusat perkembangan ilmu, pemikiran – Raja Muda Perlis

BACA Masjid seluruh Perlis diarah baca Qunut Nazilah bagi keselamatan rakyat Palestin

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button