Rencah Hidup

Kasihan Roshana Takim: tak beradap, tak diajar budi bahasa

Pensyarah seperti Roshana patut disekolahkan

SUDAH semester lima, tak ada komputer. Yang ditekankan oleh pensyarah yang amat kasar bahasa pertuturannya, Roshana Takim ialah komputer, bukan komputer riba atau laptop.

Kalau disuruh beli komputer, memang tak munasabah kerana zaman sekarang, semua orang termasuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, menggunakan komputer riba untuk kelas yang dikendalikan secara dalam talian (online).

Berkelulusan setinggi mana pun Roshana ini, keangguhannya memang menunggu balasan Tuhan kerana dia terlupa, GOD PAY CASH!

Menonton sekali lagi dan lagi video Roshana bertutur ternyata dia tidak pernah mendapat pendidikan adap sopan.

Menggunakan bahasa kesat – ENGKAU, AKU dengan pelajar, besar kemungkinan dengan anak-anaknya (jika dia berkahwin dan beranak pinak) dengan suaminya dan ipar-duainya, dia menggunakan bahasa ENGKAU, AKU.

Sikap yang dipaparkan oleh Roshana berdasarkan rakaman video itu bukan sahaja menjengkelkan tetapi juga turut memalukan UiTM (Universiti Teknologi Mara) yang mana taik yang dibawa oleh pensyarah ini, memalitkan semua yang pernah berkhidmat dan menggenggam segulung ijazah atau bergelar graduan UiTM.

Roshana bukan mengharumkan nama UiTM sebagai pensyarah yang berdedikasi sebaliknya dia menakutkan kalangan ibu bapa dan bakal pelajar untuk masuk ke institusi pengajian tinggi awam itu bagi menyambung pelajaran.

Roshana bukan sahaja menunjukkan contoh yang buruk sebagai seorang pensyarah tetapi dia juga menjadi contoh mengapa seseorang pendidik itu perlu berjiwa pendidik, bukan sebab nak duit gaji. Belajar sehingga ke luar negara tetapi bila bertutur dan berbicara, kita orang Melayu. Biar bersopan. Ada budi bahasa.

Dalam video ROSHANA ini, sedikit pun dia tiada hati perut dan perasaan perikemanusiaan terhadap pelajarnya yang mempunyai masa depan yang jauh lebih panjang dan cerah berbanding Roshana yang rasanya sudah berusia.

Belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat. Sepatutnya Roshana apabila bertanya tentang keluarga dan adik beradik pelajar berkenaan, bukannya menyuruh kakak pelajar menjual gelang emas untuk membeli komputer riba (kata Roshana, KOMPUTER).

Mana Roshana tahu kakak pelajar berkenaan ada gelang emas? Jangan main tembak atau hentam kromo kerana mungkin kakak pelajar berkenaan tidak memiliki barangan kemas walau sebesar janggut udang.

Kalau dia, Roshana, sanggup ada lima helai baju sahaja untuk beli komputer riba demi subjek yang diajarnya, kehidupannya jauh lebih rendah daripada golongan B40. Lima helai baju untuk dipakai seminggu, setiap hari?

Pelajar yang dihina, jadikan penghinaan Roshana itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Tunjuk kepada Roshana yang sudah tua usianya itu, dunia ini berputar. Hari ini Roshana menghina pelajar berkenaan, esok lusa, anak cucu keturunan Roshana pula dihina oleh orang lain. Apa rasa? What goes around, comes around!

Rakyat Malaysia ramai yang dermawan, hartawan pun ada. Justeru nasib pelajar yang tiada komputer riba ini akan berubah dalam sehari dua. Pasti ada yang akan menghulurkan bantuan, belikan komputer riba.

Sehubungan itu, pelajar yang dihina Roshana, awak sabar dan tumpukan perhatian kepada pelajaran. Sudah semester lima, tak lama lagi akan tamat pengajian anda! – SM

(Visited 1,433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button