Hiburan

Akhirnya Ellie Suriaty ambil suntikan vaksin, akur perintah suami

PELAKON yang dikaitkan sebagai antivaksin sebelum ini, Ellie Suriaty Omar akhirnya akur untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Keputusan itu diambil selepas akur dengan perintah suami yang juga pelakon, Azri Iskandar.

Bercakap kepada BHOnline, Ellie berkata, dia sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, tahun lalu.

“Saya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi jenis Sinovac. Dos pertama diambil pada penghujung Oktober dan seterusnya, suntikan kedua pada November, tahun lalu.

“Suami memberi tempoh selama dua tahun untuk berpegang pendirian tidak menerima suntikan vaksinasi COVID-19, namun, akhirnya, saya akur perintah suami,” katanya kepada BH Online.

Ellie juga menafikan bahawa dia antivaksin, sebaliknya, hanya memerlukan masa membuat kajian sebelum mengambil apa-apa suntikan.

Katanya, jika antivaksin dia tidak akan mengambil suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan polio.

Lagipun, kata Ellie, dia juga hairan dengan tempoh kajian penghasilan vaksin terlalu cepat berbanding vaksin lain.

“Kita ada cara tersendiri mencegah diri daripada pandemik COVID-19. Sepanjang belum melengkapkan dua dos vaksinasi, saya menitik berat langkah pencegahan agar tidak dijangkiti.

“Mengenai keputusan anak-anak, saya memberi pilihan dan tiada sebarang paksaan. Terserah kepada mereka membuat keputusan,” katanya.

Ditanya apakah kini mengakui keberkesanan vaksin, Ellie enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak nak komen,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini Ellie dan dua anaknya berusia 17 dan 12 tahun dikatakan enggan menerima suntikan vaksinasi COVID-19 atas sebab keselamatan dan kesihatan.

Disebabkan keputusan isteri dan anak-anaknya itu, Azri mengakui terpaksa berbohong mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19 demi menjaga keharmonian rumah tangga.

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button